Thursday, September 25, 2008


AMALAN-AMALAN SUNNAH DI 1 SYAWAL



Sumber: As-Syafi'e.Com

1. Mandi sebelum keluar menunaikan solat Hari Raya. Dilakukan pada pagi 1 Syawal sebelum menunaikan solat hari raya Aidilfitri. Imam Malik r.h. meriwayatkan sebuah hadith di dalam al-Muwatta' أَنَّ عَبْدَ اللَّهِ بْنَ عُمَرَ كَانَ يَغْتَسِلُ يَوْمَ الْفِطْرِ قَبْلَ أَنْ يَغْدُوَ إِلَى الْمُصَلَّى Maksudnya : “Bawasanya ‘Abdullah bin ‘Umar seringkali akan mandi pada hari Raya al-Fitri sebelum beliau keluar ke tempat solat Hari Raya di pagi hari raya.” Al-Imam al-Nawawi menyebut para ulama telah bersepakat atas sunatnya mandi untuk solat hari raya.

2. Memakai bau-bauan yang wangi Sunnah ini hanya bagi kaum lelaki.

3. Memakai pakaian yang paling baik Pakaian tidak semestinya baru tettapi pakaian yang indah dan rapi sudah mencukupi Daripada Jabir r.a. katanya :
“Bagi Nabi saw ada satu jubah yang baginda akan memakainya untuk dua hari raya dan hari Jumaat.” (Sahih Ibn Khuzaimah : 1765) Demikian juga al-Baihaqi meriwayatkan dengan sanad yang sahih, bahawa Ibn ‘Umar sentiasa memakai pada hari raya seindah-indah pakaiannya.

4. Makan terlebih dahalu sebelum menunaikan solat hari raya ‘Aid al-Fitri Sunnah memakan tamar dalm bilangan ganjil jika tiada sudah cukup memkan apa-apa juadah sekali pun.

Ini berdasarkan hadith yang diriwayatkan oleh al-Imam al-Bukhari daripada Anas bin Malik katanya : كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لا يَغْدُو يَوْمَ الْفِطْرِ حَتَّى يَأْكُلَ تَمَرَاتٍ .. وَيَأْكُلُهُنَّ وِتْرًا

Maksudnya : “Adalah Rasulullah saw tidak keluar pada pagi hari Raya al-Fitri, sehinggalah baginda makan terlebih dahulu beberapa biji Tamar… dan baginda memakannya dalam jumlah yang ganjil.” (al-Bukhari : 953) Al-Imam Ibn Hajar al-‘Asqalani mengomentari hadith ini dengan berkata : “Demikian itu kerana untuk mengelakkan (anggapan) adanya tambahan dalam berpuasa, padanya juga (petunjuk) bersegera mentaati arahan Allah swt (untuk tidak berpuasa pada hari tersebut).” (Fath al-Bari : 2/446)

5. Mengajak seluruh ahli keluarga ke tempat menunaikan Solat Sunat Aidilfitri

Sunnah mengajak seluruh ahli keluarga termasuk kanak-kanak dan perempuan yang dating haid, diasing perempauan yang dating haid daripada perempuan yang boleh solat. Bagi perempauan yang dating haid sunnah mereka turut serta ke temapat solat supaya mereka dapat menyaksikan upacara solat Hari Raya dan mendengar khutbah solat raya aidilfitri.

Ummu ‘Athiyah radhiallahu’ anha telah berkata: أُمِرْنَا أَنْ نَخْرُجَ فَنُخْرِجَ الْحُيَّضَ وَالْعَوَاتِقَ وَذَوَاتِ الْخُدُورِ. قَالَ ابْنُ عَوْنٍ: أَوْ الْعَوَاتِقَ ذَوَاتِ الْخُدُورِ, فَأَمَّا الْحُيَّضُ فَيَشْهَدْنَ جَمَاعَةَ الْمُسْلِمِينَ وَدَعْوَتَهُمْ وَيَعْتَزِلْنَ مُصَلَّاهُمْ.

Maksudnya: Kami telah diperintahkan (oleh Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam) untuk keluar, maka kami memerintahkan wanita-wanita yang sedang haid, para gadis dan wanita-wanita pingitan untuk keluar. Ibnu ‘Aun berkata: “atau wanita-wanita pingitan,” dan wanita-wanita yang haid diperintahkan (Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam) agar menyaksikan jamaah kaum muslimin dan dakwah mereka serta menjauhi tempat solat. - Hadis riwayat Imam al-Bukhari dalam Shahihnya, Kitab al-‘Iedaini, no: 981. 6. Keluar dengan berjalan ke tempat solat melalui jalan lain dan balik daripadanya melalui jalan yang lain.

Daripada Jabir bin Abdillah r.’anhuma katanya : كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا كَانَ يَوْمُ عِيدٍ خَالَفَ الطَّرِيقَ
Maksudnya : “Adalah Nabi saw, pada hari raya baginda membezakan jalan (pergi dan balik dari solat hari raya).” (al-Bukhari : 986)

Ibn Majah meriwayatkan daripada Ibn ‘Umar katanya : كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَخْرُجُ إِلَى الْعِيدِ ، مَاشِيًا وَيَرْجِعُ مَاشِيًا
Maksudnya : “Adalah Rasulullah saw keluar ke tempat solat Hari Raya dengan berjalan dan baginda pulang darinya juga dengan berjalan.” (al-Albani menghasankan hadith ini di dalam Sahih Ibn Majah)

Dikatakan terdapat beberapa hikmah dalam perbuatan ini

i. Semoga dua jalan yang berbeza tersebut menjadi saksi di hadapan Allah pada hari kiamat nanti. Ini kerana bumi akan membicarakan pada hari kiamat apa yang dilakukan di atasnya dari perkara-perkara yang baik dan jahat.

ii. Untuk menzahirkan syiar-syiar Islam

iii. Untuk menzahirkan zikir kepada Allah swt

iv. Untuk menyakitkan hati orang-orang Munafikin dan Yahudi dan sebagai menakutkan mereka dengan ramainya umat Islam.

v. Untuk mengambil tahu keperluan orang-orang yang memerlukan sebarang bantuan atau untuk menziarahi sanak saudara dan menghubungkan solatur rahim.

7. Bertakbir pada hari Raya Takbir hari raya adalah termasuk sunnah yang agung berdasarkan firman Allah swt : وَلِتُكْمِلُوا العِدَّةَ وَلِتُكَبِّرُوا اللهَ عَلى مَا هَدَاكُمْ وَلَعَلَّكُمْ تَشْكُرُوْن

Maksudnya : “Dan hendaklah kamu mencukupkan bilangannya dan hendaklah kamu mengangungkan Allah atas petunjuknya yang diberikan kepada kamu, supaya kamu bersyukur.” (al-Baqarah : 185) Sahih juga daripada ‘Abdul Rahman al-Salamiy katanya : “Adalah mereka (sahabat Nabi saw) pada hari Raya al-Fitri lebih bersungguh berbanding hari Raya al-Adha, Waki’ berkata : “Yakni (mereka lebih bersungguh) dalam bertakbir.” (Lihat Irwa’ al-Ghalil : 3/122)

Diangkat suara dalam melafazkan takbir bagi lelaki dan tidak bagi perempuan. Ia dilakukan di merata tempat di masjid, di rumah dan di pasa-pasar. Waktu bertakbir bagi Hari Raya al-Fitri ialah bermula pada malam raya iaitu setelah tenggelamnya matahari pada hari akhir Ramadhan sehingga masuknya imam ke tempat solat untuk solat hari raya.

8. Ucapan Tahniah Pada Hari Raya Termasuk daripada adab berhari raya ialah dengan menyampaikan ucap tahniah sesama muslim dengan sebarang ucapan yang baik seperti ucapan :

1. تَقَبَّلَ اللهُ مِنَّا وَمِنْكُمْ - Semoga Allah menerima (amalan) dari kami dan anda semua)
2. عِيْدُ مُبَارَكْ – (Selamat) hari raya yang diberkati.
Atau ucapan yang seumpama dengan di atas yang terdiri dari ungkapan-ungkapan tahniah yang dibenarkan. Jubair bin Nufair berkata : “Para sahabat Nabi saw apabila mereka bertemu sesama mereka pada hari raya mereka mengucapkan تُقُبَِّلَ مِنَّا وَمِنْكُمْ , Ibn Hajar berkata : Isnad (riwayat ini ) Hasan. (Fath al-Bari : 2/446)

9. Solat Hari Raya Para ulama berbeza pendapat tentang hukum solat hari raya, sebahagian mengatakan hukumnya sunat, sebahagian yang lain mengatakannya fardhu kifayah dan sebahagian yang lain mengatakan hukumnya adalah fardhu ‘ain (wajib), berdosa bagi sesiapa yang meninggalkannya. Inilah pendapat Mazhab Imam Abu Hanifah, pendapat ini dipilih juga oleh Syeikh al-Islam Ibn Taimiyyah dan Ibn al-Qayyim. Al-Syeikh ‘Abdul ‘Aziz Abdillah bin Baz menyebut : “Pendapat ini lebih terserlah pada dalil-dalilnya dan lebih hampir kepada kebenaran.” -

Dilakukan solat raya terlebih dahulu diikuti khutbah Ini berdasarkan hadith di dalam Musnad Ahmad daripada Ibn ‘Abbas r’anhuma : أَشْهَدُ عَلَى رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ صَلَّى قَبْلَ الْخُطْبَةِ فِي الْعِيدِ ثُمَّ خَطَبَ Maksudnya : “Aku menyaksikan Rasulullah saw menunaikan solat hari raya sebelum khutbah, kemudian baginda berkhutbah.”

Lihat artikel “
Solat Hari Raya Cara Nabi” tulisan Mohd Yaakub bin Mohd Yunus untuk keterangan lanjut tentang solat hari raya.

Beberapa Kesalahan Yang Dilakukan Pada Hari Raya

1. Anggapan sunat menghidupkan malam hari raya Sebahagian orang ada yang beranggapan sunat menghidupkan malam hari raya dengan melakukan ibadat-ibadat sunat seperti qiyam al-Lail dan seumpamanya. Anggapan ini adalah salah kerana tidak terdapat dari petunjuk Nabi saw.

Adapun hadith yang menyebut tentang kelebihan menghidupkan malam hari raya ini adalah dhoief ataupun lemah untuk dinisbahkan kepada perkataan Nabi saw. Hadith tersebut ialah : من أحيا ليلة العيد لم يمت قلبه يوم تموت القلوب
Maksudnya : “Siapa yang menghidupkan malam hari raya, tidak akan mati hatinya pada hari matinya hati-hati (manusia lainnya).” Hadith ini TIDAK SAHIH, ia datang dari 2 jalan periwayatan dimana salah satunya Maudhu’ atau PALSU dan salah satu lagi LEMAH. (Sila lihat Silsilah al-Ahadith al-Dhoiefah wa al-Maudhu’ah, oleh al-Syeikh Muhammad Nasiruddin al-Albani : 520-521)


Maka tidak disyariatkan untuk menghidupkan malam hari raya dengan qiyam al-lail, melainkan bagi mereka yang sememangnya telah menjadi kebiasaannya menghidupkan malam-malam yang lain juga.

2. Menziarahi Kubur pada 2 hari raya

Perbuatan sebahagian orang yang menjadikan awal pagi dua hari raya untuk menziarahi kubur adalah perbuatan yang bertentangan dengan maksud dan syiar hari raya. Yang mana sepatutnya dizahirkan kegembiraan dan keseronokan. Perbuatan menziarahi kubur pada hari raya ini juga bertentangan dengan petunjuk Nabi saw dan perbuatan generasi awal umat Islam (al-Salaf) yang dididik oleh Baginda. Perbuatan ini dibimbangi termasuk di dalam larangan Nabi saw dari menjadikan tanah perkuburan sebagai sambutan hari raya, dimana jika dimaksudkan (sunat menziarahi kubur) pada waktu-waktu tertentu dan ada pada musim-musim yang tertentu (seperti pada dua hari raya), maka perbuatan ini termasuk larangan menjadikan tanah perkuburan sebagai tempat sambutan hari raya seperti yang disebut oleh para ulama. (Sila lihat Ahkam al-Jana-iz wa Bida’uha oleh al-Albani. m.s. 219 & 258)

Rujukan : 1. http://soaljawab.wordpress.com/
2. Rakaman audio Ceramah Ustaz Ramadhan Fitri tentang Sunnah di 1Syawal.

Tuesday, September 23, 2008

Makkah to be turned into smart city

ref: http://www.arabnews.com/?page=1&section=0&article=114512&d=19&m=9&y=2008

JEDDAH: A two-day international conference on intelligent cities will be held in Makkah in January next year with the objective of transforming Makkah into a smart city with advanced technological facilities.

Makkah Gov. Prince Khaled Al-Faisal will open the conference at Umm Al-Qura University’s King Abdul Aziz Historical Hall on Jan. 19. It will bring together a large number of experts from around the world to discuss the best ways to apply intelligent city concept to Makkah.

The conference will be organized by the Makkah Municipality in association with the Communications and Information Technology Commission and the Haj Research Center. “This is the largest conference on intelligent cities to be held in the Kingdom,” said Makkah Mayor Osama Al-Bar.

“It aims at expediting the use of smart city technologies in Makkah for the benefit of the millions of pilgrims who come to the city every year for Haj and Umrah,” the mayor said.
He said the conference would contribute to improving the services being rendered by various government departments in the city to both citizens and pilgrims. “It will make Makkah a model for other Muslim cities around the world.”

“This conference is an initiative to apply smart city technologies in the Kingdom and transform it into a knowledge-based society and a digital economy,” the mayor pointed out. The presence of intelligent city facilities will speed up communication with the outside world and boost cultural, economic and commercial development, Al-Bar said, adding that the conference would discuss successful experiments in the field at national and international levels.

The transformation of Makkah into a world-class intelligent city will help address the needs of pilgrims from around the world, said Mohammed Maqazi, head of the conference’s scientific committee.

“The pilgrims need accommodations, meals, information and communication channels, and various modes of transportation. A combination of the latest technologies that integrate fixed and wireless broadband networks, fixed and mobile GIS and GPS applications, and user-friendly information and communications points can greatly enhance the visitors experience, and the city's objective of quality services to the visitors of the holy sites,” he explained.

He said discussions at the conference would include e-government, safety control systems and security applications, intelligent city management applications, and how to develop a large community of users with ICT skills.

While the availability of the needed broadband infrastructure is the central issue for the needed transformation, the conference will also address the need to improve city services to residents and guests, boost productivity, enhance global communications, and provide state-of-the-art emergency response and disaster mitigation applications.

There will be workshops on e-government services suite, GIS based planning and management applications, mobile GIS emergency response applications, security, law enforcement and safety control applications.

(Arab News; 19 September 2008)
Oleh Abu Umair

di http://abuumair1.wordpress.com/2008/09/07/jenaka-dalam-ilmu/

Tabiat manusia terhibur dan tertarik dengan gurau senda dan jenaka. Maka syarak membenarkan gurau dan jenaka, malahan Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam sendiri pernah berjenaka dan bergurau dengan para sahabat. Imam Tirmizi membuat tajuk khas dalam kitab Syamail Muhammadiyyah, tentang gurau senda baginda.

Begitu juga dengan penuntut ilmu. Mereka adakalanya merasa jemu jika majlis-majlis pengajian berjalan dengan penuh keseriusan tanpa diselang seli dengan sedikit jenaka. Memahami hakikat ini, kita dapati sesetengah ulama memasukkan sedikit jenaka dalam pengajian ilmu mereka. Ia ibarat garam yang melazatkan makanan. Jika terlebih, lain pula jadinya.

Di sini, saya ingin membawakan beberapa contoh jenaka Syeikh Muhammad bin Soleh Al-Uthaimin ketika memberi kuliah pengajian. Semoga Allah merahmati beliau dan menggembirakan beliau dengan balasan syurga.

1) Seorang murid bertanya: Dalam hadis disebut bahawa tidak boleh membuat perlumbaan kecuali haiwan yang mempunyai khuf (unta), atau memanah, atau haiwan yang kakinya menghentak (kuda). Apa pandangan syeikh tentang mereka yang mengadakan pertandingan ayam dan merpati?

Syeikh menjawab: Dalam hadis tersebut, maksudnya tidak boleh diadakan hadiah dalam pertandingan kecuali yang disebutkan itu. Kerana perkara-perkara itu membantu di dalam peperangan. Oleh sebab faedah ini, syarak membenarkan disediakan pertaruhan dalam pertandingan ini. Jadi, kalau ayam kamu boleh menyumbang dalam peperangan, kamu boleh menunggang ayam kamu, ia boleh berlari ke sana ke mari, maka bolehlah. Jika tidak, maka tidak harus. (Liqa Al-Bab Al-Maftuh).

2) Dalam satu pengajian nahu Bahasa Arab, Syeikh meminta seorang muridnya membina satu ayat. Lalu muridnya menjawab. Murid: “Saya membaca di hadapan seorang mabuk”. Syeikh: Allahul Musta’an. Kamu tidak menjumpai orang yang tidak mabuk untuk kamu baca di hadapannya?

3) Seorang lelaki bertanya syeikh tentang hukum wanita melihat lelaki. Syeikh berpendapat jika bebas daripada fitnah, maka tidak mengapa. Lelaki ini berulang kali bertanya kerana kurang bersetuju dengan pendapat syeikh. Apabila lelaki itu mahu beredar, syeikh bertanya kepadanya. Syeikh: Kamu mahu ke mana? Lelaki: Mahu berjalan-jalan. Syeikh: Kamu pakailah niqab (purdah) supaya wanita tidak melihat kamu.

4) Ketika syeikh memberi kuliah tentang hukum susuan, beliau menyoal murid-muridnya. Syeikh: Kalau dua bayi menyusu dari seekor kambing. Murid-murid: (ketawa). Syeikh: Ya, kalau kita perah susu seekor kambing, dan beri minum dua bayi itu, adakah dua bayi itu dikira saudara susuan? Kerana susunya adalah sama. Jawapannya ialah kalau dua bayi itu ialah kambing, maka mereka adalah saudara susuan. Jika bukan kambing, maka bukan saudara susuan.

5) Seorang lelaki bertanya syiekh, Lelaki: Syeikh, apa yang perlu dilakukan selepas selesai berdoa? Syeikh: Menurunkan tangan.

6) Seorang lelaki bertanya syeikh tentang hukum sujud sajadah. Lelaki: Syeikh, jika seseorang mendengar bacaan Quran daripada radio, lalu ada ayat sajadah. Adakah dia perlu sujud tilawah? Syeikh: Ya, jika radio itu sujud.

7) Dalam satu pengajian tentang hukum-hakam nikah, seorang murid bertanya. Murid: Syeikh, kalau saya berkahwin, kemudian mendapati isteri saya tidak ada gigi. Adakah ia dikira aib yang membolehkan fasakh? Syiekh: (ketawa) Bagus isteri macam tu, supaya kamu tidak digigitnya.

8 ) Dalam satu majlis ceramah, pengerusi majlis mengalu-alukan syeikh dengan ucapan doa. Antara lain pengerusi menyebut, “…semoga Allah memberikan beliau kesihatan sehingga hari pembalasan (akhirat)”. Syeikh mencelah, “Sehingga hari pembalasan?!”.

Rahimallah Fadhilat Al-Syeikh Rahmatan Wasiah.

Kisah-kisah ini diambil daripada satu thread dalam Multaqa Ahli Hadith.

Monday, September 15, 2008

16 September menjelang sudah. DS Anwar Ibrahim berjanji kerajaan Pakatan Rakyat akan dibentuk pada tarikh ini. Hari ini. Katanya, sekurang-kurangnya 30 ahli parlimen BN berjaya dipujuk untuk melompat parti.

Macam-macam yang berlaku sepanjang masa menunggu tarikh hari ini. 16 september. Namun, apakah apa yang dirancang beliau. Apa yang dijanjikan oleh beliau akan terlaksana?

Dengan penuh yakin beliau mengatakannya Ya!

Malaysiakini menyiarkan laporan dengan tajuk: Anwar Mahu Jumpa PM Isu Tukar Kerajaan.

Kita tunggu dan lihat apa yang berlaku dalam tempoh sehari ini. 16 September!

Kalau pertukaran kerajaan tidak berlaku hari ini atau dalam tempoh terdekat, tidak banyak yang akan berlaku. Banyak benda yang kita akan jangka. Apa yang ada sebelum ini, itulah yang akan kita hadapi selepas ini.

Namun, bagaimana jika pertukaran kerajaan benar-benar berlaku?

Apa jangkauan-jangkauan yang ada dalam benak kepala anda semua?

Ah! Sukar dibayangkan. Bimbang juga jika ia tidak seindah apa yang kita angan-angankan. Angan-angan itu sering lebih indah dari realiti.

Tuhan! Selamatkanlah Malaysiaku.....


Petikan Malaysiakini.com:

Anwar Mahu Jumpa PM Isu Tukar Kerajaan

Pakatan Rakyat yang dikepalai Datuk Seri Anwar Ibrahim masih yakin rancangannya untuk membentuk kerajaan baru akan berjaya esok atau lusa.

Bagaimanapun Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menyifatkan rancangan ketua pembangkang itu sebagai "sesuatu perkara yang karut".

Bercakap di depan lebih 10,000 penyokong pembangkang di stadium Kelana Jaya malam ini, Anwar berkata Pakatan Rakyat telah menghantar surat hari ini untuk bertemu Abdullah bagi membincangkan isu pembentukan kerajaan baru.

"Petang tadi, (ahli parlimen DAP) Anthony Loke, (ahli parlimen PKR) Johari (Abdul) telah pergi ke Putrjaya, hantar surat untuk berjumpa segera dengan perdana menteri sebab kita mahukan perubahan aman dan tenteram," kata Anwar.

"Kita sudah ada jumlah (wakil BN yang akan melompat kepada Pakatan), dan kita telah bersedia. Hari ini 16 September, esok 17 September, kita bersedia membentuk kerajaan."

Anwar, yang juga penasihat PKR, meyakinkan para penyokongnya bahawa rancangannya untuk menubuhkan kerajaan dengan cara memujuk lebih 30 wakil rakyat BN meninggalkan parti itu "masih seperti dirancang."

"Apabila kita kata 'on track' (masih seperti dirancang), maksudnya 'on track'.

"Hendak jadi macam mana (perubahan kerajaan pada 16 September), mereka bawa (ahli-ahli parlimen BN) ke Taipei," katanya, merujuk lebih 50 wakil rakyat BN yang secara mendadak dibawa melawat Taiwan beberapa hari lalu.

"Tetapi kita ada cukup jumlah untuk mengalahkan BN. Bukan hendak paksa, pergi Putrajaya hendak heret, ambil alih (kuasa kerajaan pusat) bukan mengikut hukum rimba, yang lalu tetap berlalu.

"Esok kita akan umumkan pendirian kita."

Sementara di Kuala Terengganu, lapor Bernama, sambil menempelak tentang hasrat itu, Abdullah berkata pertukaran kerajaan baru tidak akan berlaku.

"Orang kita cepat sangat terkejut, tergempar, cepat sangat kelam-kabut tentang soal pertukaran kerajaan. Ketepikan semua perkara begini.

"Beri perhatian kepada perkara yang mendatangkan manfaat serta kebaikan dan bukan sembang kosong yang tidak beri manfaat.

"Kita suka sangat berhujah dan bersembang tentang perkara ini (pertukaran kerajaan). Perkara ini tidak akan berlaku," katanya ketika berucap pada majlis berbuka puasa bersama pemimpin dan rakyat di Masjid Abidin malam ini.

Menurut agensi berita itu lagi, Abdullah meminta umat Islam meningkatkan ibadat bersempena bulan Ramadan dan tidak terlalu ghairah memperkatakan isu pertukaran kerajaan.

"Pembohongan ini menyebabkan keadaan menjadi kelam-kabut sehingga selepas berbuka dan Tarawih, bukan nak buat Taddarus tetapi yang dibincangkan ada hubung kait dengan pertukaran kerajaan.

"Sepatutnya kita guna bulan Ramadan ini untuk tingkatkan ibadah untuk kemuliaan di sisi Allah dan tidak digunakan bersembang perkara yang tidak akan berlaku," katanya.

http://malaysiakini.com/news/89778

Tuesday, September 2, 2008

Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan...!

Alhamdulillah...


Profusely thanks to Allah, the Most Gracious and Most Merciful for once again giving me a chance to undergo a month of Barakah...RAMADHAN aL-MUBARAK...


May this Ramadhan bring thousand meanings to me...
May Allah give me strength to perform ibadah as much as i could with sincere intention...
Amin... Amin... Ya Rabbal Alamin...


Checklist for Ramadhan al-Mubarak :

1) Berniat dalam hati untuk berpuasa di malam hari.

2) Mengtakhirkan Besahur di akhir malam .

Nabi SAW bersabda :" Perbezaan di antara puasa kami (umat Islam) dan puasa ahli kitab adalah makan sahur"
Hadis Riawayat Muslim, 2/770

Nabi juga bersabda : "Bersahurlah kamu, kerana pada sahur itu ada barakahnya"
Hadis Riwayat al-Bukhari, 4/1923 ; Muslim


Waktu yang terbaik untuk makan sahur : adalah lebih kurang sama dengan kadar waktu seseorang membaca 50 ayat al-Quran iaitu kira-kira 10 hingga 20 minit sebelum azan solat subuh dikumandangkan.


Menurut Anas r.a, Zaid bin Thabit r.a berkata:
"Kami makan sahur bersama Nabi s.a.w , kemudian baginda berdiri untuk solat. Aku berkata: Berapa lama antara azan dan sahur?” Beliau menjawab: “Kira-kira (membaca) lima puluh ayat."
Hadis riwayat al-Bukhari no: 1921.

Peringatan !! : Adalah amat tidak digalakkan bagi seseorang yang bersahur dengan hanya makan di sekitar jam 12 malam sebelum tidur. Kebanyakan individu yang melakukan amalan ini sebenarnya amat merasa berat dan malas untuk bangun di tengah malam. Ia pada hakikatnya adalah tidak menepati sunnah yang diajarkan oleh Baginda SAW


3) Mendirikan solat sunat tahajjud, witr dan beristifghar dan lain-lain amalan sebelum menunaikan solat subuh berjemaah (bagi lelaki).


4) Memperbanyakkan bacaan Al-Quran dengan tenang dan tidak tergesa-gesa.


Disunnahkan kepada seluruh umat Islam agar bertadarus (membaca dan mempelajari) al-Quran. Sesungguhnya Rasulullah s.a.w bertadarus al-Quran bersama Jibril a.s pada setiap malam di bulan Ramadan. Ibn Abbas r.a berkata:
"Jibril a.s menemuinya (Nabi s.a.w ) pada setiap malam di bulan Ramadan hingga bulan itu berlalu. Nabi s.a.w memperdengarkan bacaan al-Quran kepadanya."
Hadis riwayat Imam al-Bukhari, no: 1902.

Terdapat ramai ulama silam menyebut tentang kepentingan mendahulukan membaca al-quran di atas amalan sunat seperti menelaah kitab, membaca hadith dan lain-lain. Ia adalah salah satu amalan yang paling diambil berat oleh Nabi SAW ketika baginda membacanya bersama Malaikat Jibrail as.


4) Mengerjakan solat fardu secara berjemaah (bagi lelaki) dan solat sunat sunnah yang diajar nabi.


Antara solat sunat sunnah : solat sunat rawatib 12 rakaaat (qabliah dan ba'diah),solat sunat wudhuk, solat sunat dhuha


5) Memperbanyakkan doa semasa berpuasa.


Sepanjang waktu kita sedang menjalani ibadah puasa, ia adalah sentiasa merupakan waktu yang sesuai dan maqbul untuk kita berdoa, sebagaiaman di tegaskan oleh Nabi S.a.w :-
ثلاثة حق على الله أن لا يرد لهم دعوة : الصائم حتى يفطر والمظلوم حتى ينتصر والمسافر حتى يرجع
Ertinya : Tiga yang menjadi hak Allah untuk tidak menolak doa mereka, orang berpuasa sehingga bebruka, orang yang dizalimi sehingga dibantu, dan orang bermusafir sehinggalah ia pulang"
Riwayat Al-Bazaar

Sebuah hadis lain yang hampir sama maksudnya menyebutkan :-
Ertinya : Tiga yang tidak ditolak doa mereka, orang berpuasa sehingga berbuka, pemerintah yang adil dan doa orang yang dizalimi"
( Riwayat At-Tirmizi, Ibn Majah, Ibn Hibban dan Ibn Khuzaimah ; Hadis Hasan menurut Imam At-Tirmidzi dan Ibn Hajar, sohih menurut Syeikh Ahmad Syakir)

6) Memperbanyakan doa ketika hampir berbuka

Ini kerana tahap maqbul tatkala itu semakin hebat berdasarkan hadith Nabi s.a.w :
إن للصائم عند فطره لدعوة ما ترد
Ertinya : Sesungguhnya bagi orang yang berpuasa itu tatkala wkatu berbukanya,adalah waktu doa yang tidak ditolak

(Riwayat Ibn Majah ; Sohih)

7) Menyegerakan berbuka puasa selepas kepastian masuk waktu maghrib.

Berdasarkan hadith Nabi SAW :
لا يزال الناس بخير ما عجلوا الفطر
Ertinya : "Sentiasalah umatku berada dalam kebaikan sepannjang kamu menyegerakan berbuka"
Riwayat Al-Bukhari, 4/1957.

Berbuka juga perlu didahulukan sebelum menunaikan solat maghrib, malah jika pada hari tersebut tahap kelaparan kita agak luar biasa, lebih baik kita berbuka dan makan sekadar kelaparan tidak mengganggu solat Magrhib kita.

Disebutkan bahawa tidaklah Nabi SAW menunaikan solat Maghrib kecuali setelah berbuka walaupun hanya dengan segelas air. (Abu Ya'la dan al-Bazzar : hadith Hasan).

8) Sunnah berbuka dengan beberapa biji rutab ( kurma basah) atau tamar (kurma kering) dan jika tiada keduanya mulakan dengan meneguk air.


كان رسول الله ‏ ‏صلى الله عليه وسلم ‏ ‏يفطر على رطبات قبل أن يصلي فإن لم تكن رطبات فعلى تمرات فإن لم تكن ‏ ‏حسا ‏ ‏حسوات ‏ ‏من ماء
Ertinya : Rasulullah s.a.w berbuka dengan kurma basah (rutab) sebelum solat dan sekiranya tiada rotab, maka tamar dan jika tiada, baginda meminum beberapa teguk air"
Riwayat Abu Daud, Ahmad & ; At-Tirmidzi
(Riwayat Abu Daud, 2/2356 : Hadith Hasan).
Sambil memboca doa berbuka yang sohih dari nabi iaitu
ذهب الظمأ وابتلت العروق وثبت الأجر إن شاء الله
" Zahaba az-Zama u wabtallatil ‘uruq wathabatal ajru InsyaAllah"
Ertinya : "Telah hilanglah dahaga, telah basah ular leher dan telah tetap mendapat pahalanya InshaAllah "
Riwayat Abu Daud, 2/2357 : Hadith Hasan menurut Albani

9) Amat disunatkan untuk menyedeqahkan harta terutamanya bagi mempersiapkan juadah berbuka untuk orang ramai terutamanya orang miskin.

Umat Islam sepatutnya menggunakan kesempatan di bulan Ramadan yang penuh berkat ini dengan menggandakan amal kebajikan seperti bersedekah. Rasulullah s.a.w yang sememangnya terkenal dengan sifat dermawan sentiasa memperbanyakkan sedekah pada bulan Ramadan berbanding bulan-bulan yang lain.

Ibn Abbas r.a berkata:
Nabi s.a.w adalah manusia paling dermawan dalam hal kebaikan dan kemuncak sifat dermawanan baginda itu ditunjukkan pada bulan Ramadan."

Hadis riwayat al-Bukhari, no: 1902.

Nabi SAW bersabda :

من فطر صائما كان له مثل أجره غير أنه لا ينقص من أجر الصائم شيئا
Ertinya : Barangsiapa yang memberikan juadah berbuka buat orang yang berpuasa maka baginya pahala seperti orang yang berpuasa itu tanpa kurang sedikit pun"
Riwayat At-Tirmidzi, 3/807; Hadith Hasan menurut Imam At-Tirmidzi.


Disebut dalam sebuah hadis lain
ومن أشبع صائما سقاه الله من حوضي شربة لا يظمأ حتى يدخل الجنة
Ertinya : Barangsiapa yang mengenyangkan seorang yang berpuasa ( berbuka), Allah akan memberinya minum dari telagaku ini dengan satu minuman yang tidak akan haus sehinggalah ia memasuki syurga "
Riwayat Al-Baihaqi ; Ibn Khuzaymah dalam Sohihnya : rujuk juga Tuhaftul Ahwazi

10) Menunaikan solat sunat terawih pada malam hari secara berjemaah buat lelaki dan wanita atau boleh juga dilakukan secara bersendirian. Ia berdasarkan hadith riwayat An-Nasaie yang sohih.


Boleh juga untuk menunaikannya separuh di masjid dan separuh lagi di rumah, terutamanya bagi sesiapa yang ingin melengkapkan kepada 20 rakaat.

11) Memperbanyakkan bersiwak .


Ia juga sohih dari Nabi SAW dari riwayat al-Bukhari.

Perkara-perkara yang perlu dielakkan semasa berpuasa :

1.Meninggalakan perkara2 mazmumah


Berpuasa bukan sekadar meninggalkan makanan dan minuman. Tetapi, untuk memperolehi kesempurnaan di dalam berpuasa seseorang seharusnya juga meninggalkan perkataan-perkataan yang keji serta perbuatan-perbuatan orang jahil.

Rasulullah s.a.w bersabda:
"Puasa adalah perisai. Oleh itu, janganlah seseorang mengerjakan rafath (perkataan yang keji) atau berbuat sesuatu perkara yang jahil (menyalahi hukum)."
Hadis riwayat al-Bukhari, no: 1894

2. Meninggalakan perbuatan yang lagha (sia-sia)


Justeru, disunnahkan bagi orang yang berpuasa meninggalkan perbualan yang lagha (tidak berfaedah), mengumpat, bercakap kotor, mencerca orang lain dan sebagainya. Puasa juga mendidik seseorang untuk menjadi penyabar. Oleh itu, seseorang yang berpuasa disunnahkan bersabar apabila dicerca mahupun diperangi oleh pihak lain dengan mengucapkan “sesungguhnya aku sedang berpuasa” sebagaimana sabda rasulullah s.a.w:
"Puasa adalah perisai. Oleh itu, janganlah seseorang mengerjakan rafath (perkataan yang keji) dan berbuat sesuatu perkara yang jahil (menyalahi hukum). Jika seseorang itu diperangi atau dicaci, dia hendaklah berkata: Sesungguhnya aku sedang berpuasa (Nabi menyebutnya dua kali). ”
Hadis riwayat Imam al-Bukhari, no: 1894.

3. Meninggalkan perbuatan mencerca dan memerangi termasuk percakapan bohong.


Semoga melalui ucapan itu dapat mencegah pihak lain dari mencerca atau memeranginya. Berbohong boleh mencacatkan kesempurnaan puasa. Oleh itu, syariat melarang seseorang bercakap bohong ketika berpuasa dan Allah melarang keras perbuatan dengan ancaman tidak akan menerima ibadah puasanya.

Rasulullah s.a.w bersabda:
"Sesiapa yang tidak meninggalkan perkataan dusta dan melakukan perbuatan it uterus menerus, Allah langsung tidak berhajat (memandang) perbuatannya yang meninggalkan makan dan minum (puasa)."

Hadis riwayat al-Bukhari, no: 1903.

Rujukan :
1. Bonus Belanjawaan Vs Bonus Ramadhan oleh Ust. Zaharuddin Abdul Rahman (zaharuddin.net)
2. Amalan-Amalan Sunnah Pada Bulan Ramadan oleh Akhi Mohd Yaakub bin Mohd Yunus (al-fikrah.net)
3. Bersahur dan berbuka puasa cara Rasulullah Akhi Mohd Yaakub bin Mohd Yunus (al-fikrah.net)
Sumber : As-Syafi'e.Com